Sebuah fosil berbentuk gergasi telah ditemui di dasar takungan di England. Fosil yang didakwa sebagai Naga Laut itu dikatakan berasal dari 90 juta tahun dahulu. Joe Davis, seorang pekerja di Rizab Alam Semula Jadi Rutland berhampiran Leicester, England menjadi orang pertama yang menjumpainya.

Seperti dilaporkan oleh BBC, ketika Joe Davis sedang merancang untuk mengubah landskap di kawasan terbabit, dia menemui sesuatu yang menonjol di dalam lumpur. Pada mulanya, fosil tersebut dianggap sebagai dinosaur, tetapi ia sebenarnya adalah pemangsa marin yang mempunyai panjang sehingga 10 meter dan dipanggil sebagai ichthyosaur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti batu atau karang di dalam lumpur, kemudian saya ingat ia kelihatan sedikit organik, sedikit berbeza. Kemudian kami melihat sesuatu yang kelihatan hampir seperti tulang rahang,” kata Joe Davis.

The New York Times
The New York Times
CNN
BBC

Penemuan ini merupakan penemuan terbesar yang pernah ditemui di England. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan memberitahu Joe Davis bahawa mereka tidak mempunyai jabatan dinosaur di Majlis Daerah Rutland. Selepas itu, pasukan yang terdiri daripada beberapa ahli paleontologi telah dibawa ke lokasi penemuan haiwan misteri tersebut. Setelah melakukan siasatan, para pakar membuat kesimpulan bahawa penemuan Joe Davis adalah fosil haiwan jenis ichthyosaur.

Ichthyosaur ialah pemangsa marin berdarah panas yang boleh membesar sehingga 25 meter. Haiwan purba itu dianggarkan hidup sekitar 250 juta tahun hingga 90 juta tahun dahulu. Dr Dean Lomax, ahli paleontologi dari Universiti Manchester, telah dibawa masuk untuk mengetuai usaha penggalian.

Lomax berkata penemuan fosil Naga Laut ichthyosaur benar-benar tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah, penemuan fosil Naga Laut ini merupakan antara penemuan fosil terbesar dalam sejarah paleontologi British, memandangkan kesempurnaan tulang fosil hingga ke saiz fosil haiwan purba yang sangat besar.

Penemuan paling mengejutkan, misteri menara yang dibina dengan tengkorak manusia. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Penemuan Paling Mengejutkan, Misteri Menara Yang Dibina Dengan Tengkorak Manusia

Penyelidik Temui Fosil Tapak Kaki Dinosaur Berusia 66 Juta Tahun Di Kelantan

Saintis Dakwa Temui ‘Jasad’ Hercules Di Galaksi Bima Sakti