Ketika kita berbuka puasa di rumah dengan selesa atau di restoran mewah bersama yang tersayang, kita lupa ada individu yang sedang bertungkus-lumus dalam melakukan tugas dan tanggungjawab seharian mereka. Kadang-kala sampai tidak sempat untuk berbuka puasa.

Baru-baru ini viral di media sosial, gambar anggota bomba sedang solat berjemaah beralaskan jaket kalis api di tepi kawasan kebakaran. Gambar itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Salute lah abang bomba!

“Tidak sempat teguk air untuk berbuka”

bomba-630×367

Menurut salah seorang anggota bomba yang terlibat, beliau tidak sempat untuk meneguk setitik air pun apabila siren kecemasan berbunyi kerana harus bersiap sedia bersama rakan yang lain untuk ke lokasi kebakaran. Boleh lihat betapa komitednya anggota keselamatan menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka walaupun sedang berpuasa.

Sebenarnya, banyak kisah keikhlasan di sekeliling kita yang boleh dijadikan iktibar. Contohnya, anggota trafik yang mengawal lalu lintas di tengah teriknya matahari, doktor yang menahan lapar melakukan pembedahan lebih daripada 10 jam atau kanak-kanak yang membantu orang buta melintas jalan.

Kisah ini mungkin anda lihat simple, tapi adakah anda tahu, kisah seperti ini lah yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain untuk tidak berputus asa dalam kehidupan mereka. Sebab itulah sempena bulan Ramadan ini, 100PLUS ingin mengajak anda untuk menyebarkan pesanan ikhlas. Mari kami share bagaimana.

Share kisah anda dengan Kempen Seratus Ikhlas

Cara-Sertai-671×345

Senang sahaja untuk sertai Kempen Seratus Ikhlas ini, ikuti sahaja step di atas ini okay! Paling penting, pastikan akaun anda tidak private. 

Galeri Seratus Ikhlas papar kisah yang dikongsi

Galeri-seratus-ikhlas-671×381

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana orang lain akan baca kisah yang anda share itu nanti. Ada laman web khas sempena Kempen Seratus Ikhlas ini. Di sinilah anda boleh baca kisah-kisah yang dikongsikan oleh netizen yang lain juga. Kisah mengenai Syafiq Kyle dan Mira Filzah pun ada juga tau!

Jadi, kalau anda mempunyai sebarang kisah keikhlasan, atau ingin melakukan sesuatu yang boleh membantu komuniti anda, kongsikan sahaja dengan 100PLUS, serta Skuad Seratus Ikhlas!

Kekal segar dan Aktifkan Ramadanmu dengan 100PLUS Ramadan ini

100PLUS-Raya-20191-630×379

Nak kekal bertenaga sepanjang Ramadan dan melakukan ibadah terawih? Jangan lupa minum 100PLUS ketika berbuka puasa untuk aktifkan kembali tenaga anda. Barulah segar bertenaga sahaja apabila melakukan ibadat.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Kempen Seratus Ikhlas Setulus 100PLUS, anda klik sahaja di sini atau pergi ke Facebook rasmi 100PLUS.

Semoga pesanan ikhlas anda boleh memberi inspirasi dan menggalakkan orang ramai untuk beramal dengan ikhlas. Jom sertai Skuad Seratus Ikhlas dan Aktifkan Ramadanmu sambil menyebarkan pesanan anda hari ini!