Setiap hari ribuan netizen daripada seluruh dunia memuat naik gambar ke laman Instagram dengan tujuan untuk membentuk identiti baru bagi diri mereka.

Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh fotografer Chompoo Baritone disebalik siri gambar-gambar menarik beliau yang menunjukkan betapa jauh penipuan yang dilakukan melalui gambar yang dimuat naik di Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelbagai artis, seperti jurugambar tanpa nama di belakang Hipster Barbie, telah mengkritik cara orang ramai menggunakan Instagram untuk menjadikan kehidupan mereka kelihatan lebih hebat daripada realiti sebenar dan telah menetapkan standard yang tidak realistik untuk para pengikut mereka.

Penggunaan ‘crop dan filter‘ membolehkan keadaan yang sebenarmya biasa-biasa saja kelihatan luar biasa apabila dimuat naik ke Instagram.

Malahan Tilda Lindam, seorang model yang mampu berjenaka dan melontarkan komentar dengan cara humor turut menekankan kesombongan yang wujud dalam setiap gambar yang dimuatnaik di laman tersebut sepertimana yang telah disuarakan oleh Baritone.

instagram-1

instagram-2

instagram-3

instagram-4

instagram-5

instagram-6

instagram-7

instagram-8

Baritone merupakan pelajar fotografi di King Mongkut’s Institute of Technology Ladkrabang di Thailand. Semoga ini merupakan pembuka jalan untuk lebih banyak komentar sosial seperti ini.

Apa pandangan anda tentang ini? Adakah ia benar berlaku di kalangan masyarakat dunia hari ini? Mungkinkah Kisah Seorang Gadis Yang Menjadi Kegilaan Instagram Dan Telah Ditonton 1.3 Juta Kali ini juga sebenarnya berlaku di alam realiti?

Dan mungkin Inikah Realiti Mereka Yang Bergelar Diva Instagram?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber