Baru-baru ini rakan fotografi saya telah memuatnaik ‘hasil’ daripada outing dengan group Bentong Photography Community. Dulu ada juga ikut outing dan kelas fotografi dia, antara orang fotografi terkenal dari Terengganu.

“Saya gi (pergi) outing, baru balik semalam dengan group Bentong,” balas Mohd Azli Yah atau lebih dikenali sebagai Budakli selepas saya bertanya tentang gambar-gambar tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya tertarik melihat gambar-gambar kehidupan harian masyarakat Orang Asli Suku Semai disamping pemandangan indah sungai dan kawasan persekitaran yang hijau. Kawasan ini berdekatan dengan Belantara Camp Santai dan lebih kurang 40 minit dari bandar Raub, Pahang.

Dengan izin Budakli, saya kongsikan 13 gambar di bawah buat pembaca Vocket.