Bagi pasangan yang baru berkahwin pastinya mereka akan terkenang kembali detik sewaktu di awal perkenalan dulu.

Begitulah yang terjadi kepada pasangan Norhaiza Abu Hassan (Haiza) dan suaminya Muhammad Azuan Mohamad. Pasangan ini sama-sama meminati aktiviti memanjat gunung dan telah mengambil keputusan untuk mengabadikan kenangan ‘photoshoot‘ perkahwinan mereka di Gunung Irau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Puan Haiza, beliau dan suami berkenalan pada 25 Disember 2014. Segalanya bermula apabila beliau mengikuti sahabatnya memanjat Gunung Datuk, Negeri Sembilan.

Ikuti temubual kami bersama Puan Haiza di bawah;

haiza-1

Gambar kenangan masa hiking di Gunung Datuk

S: Hi Puan Haiza, terima kasih kerana sudi berkongsi kisah menarik ini dengan Vocket. Boleh ceritakan sikit detik perkenalan puan dan suami sewaktu di Gunung Datuk hingga akhirnya menjadi suami isteri?

J: Suami saya salah satu dari group kawan saya tu. So dekat situ kami just tegur-tegur macam tu je la. Tapi pada masa tu saya ada menyimpan perasaan kat dia. Macam suka kat dia la. Tapi malu. Hihihi.

Lepas balik dari Gunung Datuk, suami saya tetiba add saya dekat FB. Saya apa lagi, tersangat la suka orang yang kita minat message kita kan. Hahaha.

Start situ kami message, berjumpa, hiking bersama, bercamping dan Alhamdulillah dia melamar saya. Bulan 3 (23 March 2015) kami bertunang. Dan bulan 7 (26 Julai 2015) kami melangsungkan perkahwinan.

Baca: Kamen Rider Kongsi Kisah Perkahwinannya Dengan Gadis Melayu

haiza-2

S: Bagaimana puan dan suami dapat idea nak photoshoot di gunung? Siapa yang cadangkan?

J: Saya dan suami yang bagi idea untuk photoshoot kat gunung. Idea datang masa sebelum kahwin lagi. Masa pergi Gunung Irau kami bercadang nak buat photoshoot di situ. Post wedding. Alhamdulillah segala usaha tercapai.

S: Bagaimana pula dengan make-up untuk photoshoot tu? Puan ada upah mana-mana wedding make-up?

J: Tak ada tukang make-up. Saya make-up sendiri. Kalau nak cari tukang make-up payah skit saya rasa. Baju pun tukar masa sampai di Mini Irau, tempat kami photoshoot.

haiza-3

S: Macam mana pula kerjasama dari fotografer?

J: Saya jumpa fotografer ni dekat IG iaitu Colour Pictures. Saya tengok hasil kerja dia macam menarik. So saya start PM dia. Saya tanya dia boleh ke ambil gambar di Gunung Irau mossy forest. Dan Alhamdulillah dia sangat teruja nak ambil gambar kat sana.

Saya cakap lah nak kena daki. Dia pun cakap boleh walau pun ini kali pertama bagi dia kena mendaki lepas tu nak ambil gambar pulak. Hehe. So saya pun agak risau jugak.

haiza-4

Pada hari photoshoot tu (29 Julai 2015) kami mendaki di Gunung Irau awal pagi dalam pukul 10. Cuaca pun OK masa tu. Alhamdulillah berjaya sampai kat Mini Irau dalam pukul 12 lebih.

Habis photoshoot pukul 5 petang. Turun ke parking dalam pukul 7. Fotografer tu cakap menyesal pun ada sebab letih tapi sangat best dan akan buat lagi macam tu.

haiza-6

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, akhirnya kami suami isteri di ijab kabulkan pada 26/7/2015. Untuk mengenang kisah pertemuan dan perkenalan di Gunung Datuk, kami suami isteri bercadang ingin membuat photoshoot di gunung-gunung terdekat.

Kata sepakat kami berdua, Gunung Irau menjadi pilihan tempat photoshoot kami. Walaupun cuaca tidak menentu pada akhir bulan 7 tetapi pada hari photoshoot kami 29/7/2015 cuaca amat la baik membuatkan misi kami selesai dengan jayanya.

Doakan kami suami isteri bahagia dunia akhirat. Dan kekal aktif mendaki.

S: Bagaimana perasaan puan selepas fotoshoot selesai?

J: Perasaan saya dan suami sangat la gembira sebab apa yang dirancang menjadi. Tak sabar nak tunggu gambar siap.

haiza-11 haiza-12

S: Ada peristiwa kelakar berlaku masa fotoshoot tak? Just incase jika ada.

J: Peristiwa kelakar sangat, ada. Ahahah. Ok. Masa kami naik, saya macam tersedar sesuatu. Saya teringat tudung saya. Saya tanya husband ada simpan tak tudung saya dalam beg. Dia cakap “tak tau, bukan awak ke yang simpan?”. Saya cari dalam beg. OK tak ada. Masa tu hati saya kecewa.

Tudung putih sepatutnya saya pakai. Huhuhu. Masa tu dah nak sampai Mini Irau. Setibanya di Mini Irau, suami cakap dia nak turun kat parking kereta nak ambik tudung. Saya tanya OK ke kat dia? Dia cakap OK so dia turun. Saya dan fotografer pun tunggu lah lebih kurang 2 jam.

haiza-8

Suami saya sampai-sampai dengan happy nya dia bukak beg nak tunjuk tudung tu kat saya, tapi yang ditunjuk bukan tudung. Tapi baju warna putih, dia sangkakan tudung. Ahahah.

haiza-9

Masa tu dia kata dia main ambik je asalkan putih ada manik-manik. Kami semua gelak la. Adehhhh kesian kat suami. Dah turun naik salah ambil pulak.

So saya decide guna tudung yang saya sedia pakai. Tudung warna hitam. Jadi la macam tu. Lagipun saya rasa macam “wah terharu” dia turun balik sebab nak ambil tudung tu. Orang lain cakap kalau dorang, dorang tak turun dah. Tapi suami saya steady. Heeee.

Terima kasih kepada Puan Haiza dan suami atas perkongsian ini. Memang sweet dan lain dari yang lain photoshoot ini. Juga, belum terlambat untuk kami di Vocket mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia selamanya hingga ke jannah buat Puan Haiza dan suami.

Baca lagi: 5 Petanda Pasangan Sudah Berkahwin Lebih 5 Tahun


LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram