Baru-baru ini, lima individu termasuk dua wanita kepada pengasas produk kosmetik didakwa di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan terhadap tuduhan mencederakan seorang wanita dan seorang lelaki pada Julai lalu.

Walau bagaimanapun, menurut sumber, kesemua tertuduh yang juga orang kena saman (OKS) iaitu Nur Farhana Ismail, Anes Ayunie Osman, Muhammad Hakimi Mohd Azmi, Ahmad Weldan Zulkefli, dan Muhammad Firdaus Alias mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Foto / Harian Metro

Difahamkan, kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama mencederakan An Nur Amani Nazifa Anuar sehingga menyebabkan kecederaan di kepala, tangan dan leher, manakala mangsa lelaki, Mohamad Nurhisyam Afandi Mahadi menyebabkan cedera di tangan, kaki dan lutut sebelah kiri.

Dipercayai perbuatan memalukan itu dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Padang Garong jam 3.00 pagi pada 9 Julai 2022.

Kelima individu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 seorang kepada setiap individu, namun peguam yang diwakili tertuduh, Ahmad Adha Amir Yasser Amri memohon mahkamah untuk dikurangkan jaminan tersebut.

Susulan itu, mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Untuk makluman, media melaporkan polis menahan dua wanita yang juga pengasas produk kosmetik selepas dipercayai menyerang dan memukul seorang peniaga di sebuah kedai Jalan Padang Garong, Julai lalu.