Ini merupakan kali kedua kumpulan dari Indonesia, Fourtwnty bertandang ke Kuala Lumpur setelah 2019. Dibawakan khas oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, konsert Fourtwnty pada tahun ini menampilkan kelainan dengan membawa tema Heliotropisme.

Heliotropisme diambil dari kisah bunga matahari yang hidup di dataran tinggi dengan cuaca tropika. “Sama seperti logonya, dimana bunga matahari selalu menghadap ke arah matahari, Fourtwnty juga dengan senantiasa melihat dan mengikuti apa yang ingin menjadi keinginan penggemar,” jelas Fourtwnty.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tema yang sama juga di bawa Fourtwnty di 10 buah lokasi di Indonesia antaranya Medan, Makassar, Malang, Palembang dan Yogyakarta. Dan judul yang sama dibawakan khas ke Malaysia sebagai salah sebuah lokasi dalam rangkaian jelajah tersebut.

Pihak The Vocket difahamkan bahawa konsert semalam dihadiri hampir 3,000 peminat Fourtwnty di Malaysia.

Enjoy koleksi foto sepanjang konsert ini berlangsung semalam.

Fourtwnty membuka konsert kedua di Malaysia dengan lagu Realita dan disambut lebih daripada 3,000 penonton di Zepp, Kuala Lumpur – Vocket/aimannzr
Ari Lesmana pernah akui bahawa album Ego & Fungsi Otak dibikin dengan semua ahli berada pada tahap ego yang tinggi. Tambah pula album itu keluar selepas lagu ‘Zona Nyaman’ berjaya menambat hati peminat Indonesia dan Malaysia – Vocket/aimannzr
Sebulan sebelum sampai ke Malaysia, Fourtwnty ada berkunjung ke Bali. Di sana ada acara Prost Fest 2022 sedang berlangsung. Bersama Pantai Mertasari, Fourtwnty mendendangkan Mangu buat pasangan yang berbeza agama – Vocket/aimannzr
Penonton ‘wild’ sepanjang 2 jam konsert Fourtwnty di Zepp Kuala Lumpur – Vocket/aimannzr
Konsert Fourtwnty tahun ini lebih ‘feel’ bila pihak penganjur buat acara ini di Zepp, Kuala Lumpur. Tempat besar dan bunyi sedap.  – Vocket/aimannzr
Ari Lesmana ‘lead’ kumpulan Fourtwnty pernah kerja bank sebelum ambil keputusan jadi anak band sepenuh masa. Dari bank ke band. – Vocket/aimannzr
Sambutan hangat oleh peminat telah memaksa penganjur melanjutkan hari persembahan ke 1 dan 2 Oktober. Menariknya, kedua-dua hari ini ‘Sold Out’ – Vocket/aimannzr
Ari Lesmana dan Nuwi dalam ‘mood’ siluet – Vocket/aimannzr
Antara penonton yang hadir – Vocket/aimannzr
Pada 2015, Fourtwnty pernah hampir buat keputusan untuk bubarkan kumpulan ini disebabkan tekanan hidup dan tiada kemajuan yang dicapai Fourtwnty. Tujuh tahun kemudian, Fourtwnty berada di Malaysia dan main depan lebih 3,000 peminat.  – Vocket/aimannzr
Antara penonton yang hadir – Vocket/aimannzr
Antara penonton yang hadir- Vocket/aimannzr
Antara penonton yang hadir- Vocket/aimannzr
Antara penonton yang hadir- Vocket/aimannzr