Nampaknya akan ada watak Marvel milik 20th Century Fox yang akan muncul dalam MCU lebih awal. Ianya berikutan pendedahan penjaga akaun untuk watak-watak Marvel di Fox perlu menyerahkan semua projek mereka kepada presiden Marvel Studios, Kevin Feige.

Sepatutnya, Deadpool masih lagi di bawah kendalian Fox walaupun mereka kini sudah di bawah Disney. Tetapi, disebabkan Kevin mempunyai pelan khas untuk Deadpool, maka projek Deadpool juga akan diambil alih oleh Marvel Studios dalam kadar segera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kevin sebelum ini menepis dakwaan bahawa Deadpool akan diperkenalkan dalam filem akan datang Spider-Man. Walaupun tidak pasti bila Ryan Reynolds akan kembali sebagai Deadpool, tetapi Kevin memberi jaminan tidak akan mengubah watak Deadpool dan beliau akan kekal seperti sedia ada.

Bagaimana pula untuk X-Men? Sebelum ini Kevin bersetuju untuk ‘merehatkan’ seketika franchise berkenaan supaya mereka dapat buat comeback yang hebat dalam MCU.

Jadi di manakah agaknya Deadpool akan muncul dalam filem MCU yang akan datang? Atau Deadpool 3 nanti akan turut sama disertai watak MCU sedia ada? Lambat atau cepat, Deadpool pasti akan menyertai rakannya yang lain di MCU.