Sebelum ini kecoh dengan isu saman yang dikemukakan oleh pihak Genting kepada Fox dan Disney tetapi kali ini Fox Entertainment Group pula membalas tuntutan saman kepada pihak Genting Malaysia.

Saman bernilai $46.4 juta (RM192 juta) itu dikemukakan atas alasan ganti rugi, yuran lesen tahunan, royalti, bayaran balik kos perjalanan seperti yang termaktub di dalam memorandum perjanjian bertarikh 1 Jun 2013.

Sumber: Genting

Perjanjian berkenaan juga menyebut pihak Fox mempunyai hak ke atas lesen harta intelek tapak berkenaan. Hak tersebut diperoleh daripada persetujuan bersama untuk menghasilkan gambar bergerak dari salah satu anak syarikat Fox untuk reka bentuk, pembangunan dan pembinaan di sekitar tapak projek.

Pada masa yang sama, Genting Malaysia juga sedang dalam proses untuk menilai dan mengkaji semula perkara ini dengan pihak guaman syarikat tersebut.

Baca lagi: Mengapa Genting Akan Teruk Terkesan Dengan Pembatalan Taman Tema Fox