Sebuah tawaran telah dibuat Disney dalam usaha untuk mendapatkan aset syarikat Fox dengan nilai sebanyak $71.3 bilion (RM286 bilion).

Difahamkan pihak Fox masih lagi belum memberi kata putus mengenai persetujuan yang dibuat, namun bidaan yang ditawarkan Disney merupakan yang tertinggi setakat ini.

Sekiranya semua berjalan lancar, gabungan Fox bersama Disney ini mungkin diselesaikan di dalam masa setahun sebelum filem-filem hasil daripada hakcipta kedua syarikat ini digandingkan.

marvel-comics

Dengan termeterainya pembelian ini, kemungkinan besar kita akan melihat watak-watak daripada filem X-Men dan Fantastic Four bergabung bersama Marvel Comic Universe atau dalam erti kata lain The Avengers. Agak menarik untuk disaksikan bukan?