Nama Foxconn cukup terkenal dalam pembuatan iPhone yang menjadi pilihan ramai di seluruh dunia. Setakat hari ini, syarikat dari Taiwan itu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh buah kilang di sekitar Johor.

Terbaharu, Reuters melaporkan Foxconn sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan pegangan saham pada sebuah syarikat teknologi Malaysia, Dagang NeXchange Bhd (DNeX).

vocket-foxconn-mahu-saham-dnex-4
Sumber Gambar: The Edge Markets

Foxconn mahu mendapatkan pegangan minoriti untuk membantu DNeX mengembangkan salah satu unit yang fokus pada pembuatan cip, SilTerra Malaysia Sdn Bhd (SilTerra).

Pada bulan Februari lalu, DNeX dan Beijing Integrated Circuit Advanced Manufacturing and High-End Equipment Equity Investment Fund Center memenangi tawaran untuk memperoleh SilTerra dengan harga RM273 juta daripada Khazanah Nasional.

vocket-foxconn-mahu-saham-dnex-1
Sumber Gambar: The Edge Markets

DNeX memiliki pegangan saham sebanyak 60% dalam SilTerra sementara rakan strategik dari China pula memiliki bakinya sebanyak 40%.

Foxconn dilaporkan tewas dalam bidaan untuk memiliki pembuat semikonduktor awal tahun ini yang kini menjadi milik DNeX. Tetapi pengerusinya memberitahu wartawan bahawa syarikat itu masih mencari peluang untuk membeli syarikat semikonduktor di Asia Tenggara.

Apabila pihak DNeX dihubungi, mereka menyatakan pihaknya selalu terbuka untuk melakukan perbincangan dengan rakan strategik dan pelabur yang dapat memberikan nilai kepada kumpulan tersebut tetapi tidak dapat memberikan komen mengenai perbincangan khusus di peringkat pemegang saham.

Pada tahun lalu konsol Nintendo Switch dan Apple Mac Mini M1 disahkan dibuat di kilang Malaysia.

Selepas Nintendo Switch, Mac Mini M1 Pula Disahkan Dibuat Di Malaysia

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch

 

Sumber