sukan mixed martial arts semakin mendapat perhatian dunia dan franchise terkenal untuk sukan ini, Ultimate Fighting Championship (UFC) dikhabarkan telah dijual kepada tuannya yang baru pada harga USD4.2 billion.

Syarikat yang merupakan tuan punya UFC sebelum ini, Zuffa telah menerima tawaran itu dan dikhabarkan pemegang saham terbesar untuk UFC adalah tidak lain tidak bukan syarikat dari China, Dalian Wanda Group dan Tencent Holdings. Tetapi dua syarikat ini, WME-IMG dan the Kraft Group akan menjadi muka depan untuk UFC sekurang-kurangnya untuk pasaran Amerika.

'Poster boy' untuk UFC,  Conor McGregor
‘Poster boy’ untuk UFC, Conor McGregor

Dana White akan kekal bersama UFC buat masa ini sehingga. CEO baru akan dipilih untuk pasaran bisnes UFC sedunia dan nama Garry Cook, bekas sports executives untuk Machester City dikatakan bakal mengisi kerusi CEO untuk UFC nanti. Semakin dahsyat dua syarikat gergasi China ini membuat pelabuaran di serata dunia. Dengan populariti UFC yang semakin meningkat naik saban tahun, ini adalah satu investment jangka panjang yang menarik untuk dua syarikat ini. Kemungkinan akan berlangsung UFC di Kuala Lumpur? Kita tunggu perkembangan berita ini.

Sumber