Sejak Neelofa melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihannya iaitu PU Riz, pelbagai kontroversi telah timbul sekaligus menjadi buah mulut para netizen.

Bermula daripada majlis perkahwinan yang didakwa tidak mematuhi SOP sehinggalah kepada perkhabaran pasangan ini ke Langkawi atas urusan kerja beberapa hari selepas pernikahan berlangsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Neelofa menerusi Instagram Stories beliau turut menunjukkan lawatan beliau ke Langkawi melihatkan susu Nilofa bersama bekas minuman daripada Chatime.

photo6282935313621953458

Beliau juga turut mencuri perhatian ramai apabila melahirkan rasa syukur kepada Allah selepas outlet Chatime beliau di Langkawi yang belum dibuka sudah mulai diketahui orang ramai menerusi pemasaran percuma atau free marketing.

Untuk pengetahuan, pada 30 Mac lalu pihak Chatime Malaysia telah memaklumkan Neelofa ke Langkawi atas urusan pembukaan cawangan sebelum perkongsian dipadam selepas dikecam netizen. Anda boleh ikuti isu yang berlaku melibatkan Chatime dan Neelofa dengan klik di sini.

Tealive nampaknya tidak menunggu lama untuk menyindir pesaing syarikat mereka menerusi beberapa ciapan di laman Twitter.

Kongsi Ciapan Sindiran, Tealive ‘Troll’ Pesaing Syarikat Buat Netizen Tergamam

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Kongsi Ciapan Sindiran, Tealive ‘Troll’ Pesaing Syarikat Buat Netizen Tergamam