Kini, Freshness Burger tampil dengan menu terbaharu yang boleh dikatakan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Jepun iaitu burger keju blueberry. Adakah anda dapat bayangkan kombinasi rasa keju dan blueberry?

Menariknya burger tersebut, ia tampil dengan bahan utama iaitu blueberry dan keju. Difahamkan rangkaian restoran Freshness Burger antara yang terawal tampil dengan eksperimen makanan ini. Gabungan rasa daging, keju dan blueberry difahamkan berjaya membuatkan orang ramai menyukainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali Freshness Burger tampil dengan burger penuh inovasi ini. Pada tahun lalu, rangkaian restoran ini pernah mengeluarkan menu burger mangga dan burger beserta buah peach.

Burger ini telah tersedia pada 6 Februari dan Freshness Burger akan menamatkan penjualan burger ini pada 28 Februari. Harga untuk burger tersebut adalah ¥480 (~RM17.80).