Setiap kali kita tahu akan lalu jalan yang mempunyai pos kawalan, 100 meter sebelum sampai pos kawalan kita sudah resah memikirkan apakah soalan ‘cepumas’ akan ditanya oleh anggota keselamatan yang bertugas ketika itu.

Tapi pernahkah anda terfikir situasi bagaimana mahu berhadapan dengan anggota keselamatan yang sporting pula? Baru-baru ini tular satu perkongsian di media sosial yang menunjukkan rakaman video dashcam anggota keselamatan yang sporting semasa melakukan pemeriksaan di pos kawalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beberapa anggota keselamatan melakukan pemeriksaan dan setelah pemandu tersebut memberikan jawapan yang memuaskan, anggota keselamatan menanyakan enjin kereta yang digunakan dan meminta pemandu tersebut ‘tarik’ untuk mendengar bunyi deruman enjin kereta tersebut.

Selain rakaman video kereta Honda Civic menggunakan enjin 18CR, ada pengguna media sosial berkongsikan satu rakaman video di lokasi berbeza yang mana anggota keselamatan request pemandu kereta ‘Godzilla’ Nissan GT-R R35 untuk ‘tarik’ juga.

Ramai pengguna-pengguna media sosial yang terhibur dengan telatah mencuitkan hati anggota keselamatan yang menjaga pos kawalan. Bahkan ada mengucapkan terima kasih kerana memenuhi permintaan frontliners yang penat bertugas dari siang sampai ke malam.

vocket-frontliner-tarik-1

vocket-frontliner-tarik-2

vocket-frontliner-tarik-5

vocket-frontliner-tarik-3

vocket-frontliner-tarik-4

Terima kasih kepada semua para anggota keselamatan dan pemandu Malaysia yang berkerjasama memudahkan perjalanan semasa PKP ini. Sekiranya anda diberikan peluang untuk ‘tarik’ di hadapan frontliners, adakah anda akan berbuat benda yang sama?

Seorang pemandu terselamat dalam satu kemalangan ngeri ketika memandu Proton X50 baru-baru ini. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

Nampak Seperti Kereta Baru, Proton Saga Tahun 1989 Mahu Dijual Dengan Harga RM25,000