Hanya di Jepun anda akan jumpa perkara comel seperti ini. Nampak seperti tidak praktikal sahaja untuk kucing mempunyai furniture mereka sendiri. Barang milik kita pun mereka sepahkan. Inikan pula perabot yang berskala kecil untuk kucing.

Namun ini semua hanyalah prop untuk kempen bandar Okawa, yang terkenal di Jepun sebagai bandar penghasilan perabot berkualiti tinggi. Di bawah slogan Craftman MADE, mereka mengharapkan kecomelan sang kucing untuk menjadi duta kepada perabot buatan bandar berkenaan dan nyata ianya memberi impak kepada semua.

Meow 2

Matlamat utama projek ini adalah untuk mempromosikan Fukuoka, sebuah kawasan di Jepun yang menjadi hub penukang profesonal untuk menghasilkan perabut kayu, kaca dan cutlery.Kawasan berkenaan sahaja mempunyai 150 kilang menukang yang pastinya menghasilkan barangan berkualiti tinggi.

Setiap produk yang ada dalam kempen ini adalah perabot sebenar yang diskalakan kecilkan mengikut saiz kucing. Namun dengan kecomelan video ini, pasti akan wujud permintaan perabot untuk saiz kucing. Nampak selesa betul katil tempat kucing ini tidur.