Dunia digemparkan dengan berita kebocoran nuklear pada 11 Mac 2011 selepas gempa bumi yang dahsyat dan disusuli pukulan tsunami telah merosakkan salah satu reaktor nuklear di Fukushima.

Dikhuatiri debu-debu dan sisa-sisa letupan yang mengandungi bahan radioaktif yang tinggi bertebaran di keseluruhan Fukushima terutama bandar terdekat dengannya seperti Tomioka dan Namie.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam masa yang sama, arah angin pada waktu itu menghala ke arah Pasifik menyebabkan rakyat Amerika Syarikat turut cemas jika berlakunya pencemaran nuklear di ruangan udara mereka.

Bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk, lebih 80,000 orang penduduk telah diarahkan keluar daripada kawasan tragedi iaitu di dalam lingkungan 12 batu sebagai zon yang tidak selamat dan tidak dibenarkan masuk.

Arahan itu berkuatkuasa sehingga ke hari ini menyebabkan bandar-bandar di dalam kawasan terbabit menjadi bandar hantu kerana tiada penghuni dan kawasannya masih dalam keadaan berselerak.

Walau bagaimanapun, penduduk mendapat kebenaran istimewa untuk melawat ke rumah mereka sebulan sekali tetapi tidak dibenarkan bermalam disitu.

abaca/barcroft media
abaca/barcroft media
epa/franck robichon
epa/franck robichon
epa/franck robichon
epa/franck robichon
epa/franck robichon
epa/franck robichon

01

02

04

05

06

07

08

09

10

Tragedi letupan pusat nuklear ini berpunca daripada kesan susulan selepas Fukushima dilanda gempa bumi dan tsunami.

Ini rakaman 3 bulan lalu yang menunjukkan satu kawasan berdekatan pantai di Fukushima telah dijadikan tapak penyimpanan sementara tanah dan debu radioaktif. Proses pembersihan masih dilakukan sehingga ke hari ini.

Persoalannya adakah penduduk akan pulang ke rumah masing-masing apabila kawasan itu diisytiharkan selamat atau hanya meneruskan kehidupan mereka di tempat lain?

epa/franck robichon
epa/franck robichon

Beg-beg hitam yang mengandungi tanah tercemar, debu dan sisa bahan radioaktif

Tempat tinggal sementara pekerja-pekerja pembersihan Fukushima

03

Apakah pendapat anda?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram