Akhirnya setelah lama menanti, filem Ejen Ali: The Movie telah ditayangkan secara rasmi hari ini di seluruh Malaysia dan kami antara yang cukup bertuah kerana dapat menonton awal seminggu.

Sebut sahaja Ejen Ali, pasti ada daripada anda yang merupakan peminat siri Ejen Ali yang sudah menamatkan siri keduanya pada bulan Mac yang lalu. Bagi anda yang tidak tahu, Ejen Ali mengisahkan tentang seorang budak berusia 12 tahun yang menjadi perisik sebuah agensi perisikan.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS- Infinity Retinal Intelligence System) . Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.

Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang tahu akan kisah silamnya dan dari situ bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali bagi membongkar kebenaran. Kami tidak mahu membuat ulasan panjang tentang filem Ejen Ali: Misi Neo ini kerana kami rasakan adalah lebih baik jika kami hanya menyentuh beberapa aspek dalam filem ini sahaja.

1. Jalan cerita

Copy of Screenshot_012

Filem Ejen Ali ini digarap dengan sangat rapi dan setiap babak disusun dengan sangat baik dan tidak mengelirukan. Bukan itu sahaja, anda akan dapat melihat plot ‘twist’ yang pastinya akan membuat anda mind blown.

Pada pandangan kami, kesinambungan dari siri kepada sebuah filem berjaya dilakukan kerana apa yang berlaku dalam siri ada sedikit diselitkan dalam filem ini.  Malah, kami tidak berasa bosan dan teruja dari awal filem sehingga akhir kerana terdapat adegan lucu dan juga adegan yang akan membuat mata anda berkaca.

2. Character development

Copy of Screenshot_002

Kita dapat lihat yang flow pengenalan setiap watak dilakukan dengan baik, lagi-lagi terdapat karakter baharu. Disebabkan itu, setiap watak dapat ditonjolkan dengan sangat baik kerana memiliki karakter-karakter tersendiri.

Malah, bagi kami watak Ejen Ali kali ini dapat dilihat perubahan wataknya. Jika anda ingin tahu apa yang mengubah Ali, anda harus tonton sendiri.

3. Padat dengan aksi

Copy of Screenshot_005

Sudah namanya filem Ejen Ali, pastinya ia penuh dengan aksi. Bagi kami, filem ini lebih padat dengan aksi yang pastinya akan memuaskan anda.

Apa yang menarik perhatian kami adalah ketika Ali menggunakan ‘override mode’ tetapi ada sedikit berbeza ‘override mode’ pada pertempuran akhir. Memang power! Tak bestlah kalau bagi spoiler kan.

4. Alicia

Screenshot 2019-11-27 at 11.06.28 PM

Jika dalam siri, anda dapat lihat karakter Alicia yang tabah dan tegas. Akan tetapi dalam filem ini, anda akan dapat lihat sisi lain Alicia yang pasti akan menukar perspektif anda kepada Alicia.

Walaupun Alicia kelihatan tabah dan tegas, tetapi sebenarnya dia juga memiliki soft spot dalam hatinya. Ketika kami menonton, kami dapat merasakan perasaan Alicia ketika itu.

5. Pilihan lagu

Lagu ‘Kita Jaga Kita’ ini sangat sesuai dengan filem ini. Apabila anda tonton filem ini, anda akan dengar tagline ‘kita jaga kita’ digunakan dan sangat bersesuaian dengan situasi dalam filem.

Malah, lagu ini juga ear cathing dan mudah diikuti. Akan tetapi, terdapat satu lagu yang lagi menarik dalam filem, lagu itu akan muncul ketika dalam babak di kedai mamak.

Apa yang kami boleh katakan, kami cukup bangga dengan filem ini kerana tampil dengan sebuah kisah yang padat dengan aksi dan berjaya bermain dengan emosi penonton. Bagi filem ini, kami beri 9/10 dan keseluruhan ceritanya sangat menarik serta hampir sempurna bagi kami.

Akan tetapi, kami hanya akan berikan satu spoiler sahaja iaitu ada end credit, bukan satu tetapi dua! Sila tunggu sehingga kredit filem tamat dan pasti anda akan terkejut dan ‘mind blown’. Apa yang pasti, Ejen Ali: Misi Neo ini adalah karya terbaik dan anda wajib tonton di pawagam.

Sebelum anda menonton filem ini, apa kata anda tonton trailer Ejen Ali: Misi Neo ini dahulu. 

Tonton Trailer Terbaharu ‘Ejen Ali The Movie’ Yang Penuh Dengan ‘Plot Twist’

Lihat Emilia Clarke ‘Fasih’ Berbahasa Melayu

Baru 3 Minggu Di YouTube, Lagu Mengantuknya Mumia Kini Catat Lebih 10 Juta Tontonan

Anda Mungkin Suka