Mungkin ramai yang sudah tahu fungsi butang ‘Like’ yang baru di Facebook. Disebabkan saya ada menerima soalan tentang perkara ini. jadi saya share juga tentang perkara ini. Sekarang anda boleh beri reaksi yang pelbagai kepada sesuatu posting. Yay!

Jadi sekarang ini ada lima butang baru telah ditambah iaitu reaksi ‘Love’, ‘Sad’, ‘Haha’ , ‘Angry’ dan ‘Wow’. Jadi sebelum anda ‘Like’ sesuatu, anda boleh pilih antara reaksi ini. Jadi kalau posting yang sedih, anda bolehlah klik pada reaksi sad. barulah lebih proper kan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Reaksi yang anda boleh pilih untuk sesuatu posting.
Reaksi yang anda boleh pilih untuk sesuatu posting.

Jurutera dan product team Facebook mengambil masa setahun untuk menyediakan reaksi baru ini untuk pelancaran. Mereka bekerja dengan pakar sosiologi, focus group dan menjalankan survey untuk memastikan reaksi apa yang paling baik untuk diletak. Jadi, 5 emoji yang terpilih ini adalah yang terbaik antara semua emoji yang ada.

Apa yang tiada adalah butang ‘dislike’. Mark Zuckerberg tidak begitu berkenan dengan fungsi ‘dislikes’ kerana beliau tidak mahu Facebook bertukar menjadi satu tempat untuk berdebat. Ianya satu keputusan yang bijak dari Facebook.

Sekarang ini Facebook lebih berwarna sebab boleh pilih reaksi untuk sesuatu posting. Jadi, jangan lupa untuk tekan butang ‘Wow’ atau ‘Love’ untuk semua posting The Vocket okay?

Sumber