Jika anda merupakan ibu-bapa, waktu pagi merupakan salah satu waktu yang sangat genting di mana anda terpaksa menguruskan anak-anak dengan menghantar mereka ke beberapa tempat asuhan dan sekolah.

Walaupun ianya kelihatan ringkas, namun ada ketikanya ia boleh menjadi sangat kacau-bilau atau ‘havoc’ terutamanya jika anda mempunyai anak yang ramai.

Ditambah dengan laporan berita mengenai kanak-kanak yang tertinggal dalam kereta seperti dilaporkan sebelum ini -dimana penjaga dikatakan terlupa untuk menghantar anaknya sudah pasti ia akan membuatkan kita berasa risau.

Bagaimanapun, jika anda merupakan salah seorang daripada ibu-bapa ataupun penjaga yang menghantar anak-anak ke beberapa destinasi sebelum bekerja, fungsi yang terdapat dalam aplikasi pandu arah Waze ini boleh membantu anda.

Fungsi peringatan yang dikenali sebagai Child Reminder ini boleh ditetapkan didalam aplikasi tersebut di mana ia akan mengingatkan pemandu untuk memeriksa kembali tempat duduk belakang kereta setibanya sampai di destinasi.

waze-child-d
paparan antara muka yang akan meningatkan pengguna untuk memeriksa kenderaan mereka setibanya di destinasi

Bagaimana untuk menetapkannya

Buat anda yang masih belum mengetahui bagaimana untuk mengaktifkan peringatan ini, berikut kami senaraikan apa yang perlu dilakukan.

Pertama- Anda perlu membuka aplikasi Waze dan masuk ke bahagian Setting.

Ikon untuk Setting ini boleh ditemui di bahagian kanan atas selepas anda menekan butang Search.

photo_2020-08-15_15-50-54
Ikon Setting berada di bahagian atas sebelah kiri.

Kedua- Selepas memilih Setting, anda terus sahaja scroll ke bawah sehingga menemui bahagian Notifications dan memilih Reminders yang berada di bahagian paling bawah dengan ikon jam penggera.

photo_2020-08-15_15-50-52
Pilih Reminder yang berada di bahagian Notifications

Ketiga- Sejurus memilih Reminders anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah yang menyenaraikan Child Reminder. Tekan sahaja butang itu dan akan dibawa ke satu lagi paparan untuk mengizinkan tetapan ini untuk diaktifkan.

photo_2020-08-15_15-50-49
Pilih Child Reminder

Setibanya di sini, anda hanya perlu menarik slider yang berada di tepi perkataan ‘Allow Reminder’ ke bahagian kanan.

Selain itu anda juga boleh menetapkan mesej custom bagi memudahkan anda setiap kali peringatan tersebut dipaparkan.

photo_2020-08-15_15-50-44
Tolakkan slider di bahagian tepi kanan untuk mengaktifkan Child Reminder. Siap!

Ikuti langkah yang telah kami berikan di atas dan fungsi Child Reminder dalam aplikasi Waze anda akan diaktifkan dan sentiasa mengingatkan anda untuk memeriksa bahagian penumpang anda sebelum meninggalkan kereta setibanya di destinasi.

Jadi kepada anda yang belum mengaktifkan Child Reminder, apa kata anda ikut kembali langkah-langkah yang telah disenaraikan di atas demi keselamatan bersama. Selamat mencuba.

Baca laporan kami sebelum ini mengenai seorang bapa yang dikatakan terlupa anaknya di bahagian kereta sehingga menyebabkan kanak-kanak berusia 4 tahun itu meninggal dunia. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Selepas 10 Jam Tertinggal Dalam Kereta Bapa Di Kedah