Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Apple mula mengumumkan penawaran fungsi electrocardiogram atau lebih dikenali sebagai ECG seawal model Apple Watch Series 4. Fungsi ini membolehkan pengguna memantau ritma denyutan jantung sekaligus memaparkan keputusan melibatkan jantung seseorang pengguna.

Meskipun fungsi ini menjadi fungsi tarikan pada Apple Watch Series 4, fungsi ini nampaknya perlu dinanti hampir tiga tahun buat pengguna Malaysia dalam mendapat fungsi ini.

IMG_1830

photo6154352286361562307

Dapatan daripada ujian ECG pada Apple Watch

Menerusi kemas kini WatchOS 7.5 yang baru sahaja dilancarkan Apple pagi tadi, pengguna di Malaysia nampaknya sudah berpeluang menggunakan fungsi ECG.

Menariknya, keputusan ECG yang dikeluarkan oleh Apple Watch ini boleh ditukarkan kepada bentuk PDF untuk memudahkan bacaan pengguna dan juga doktor. Fungsi terbaru ini sedia ditawarkan buat model Apple Watch Series 4,5 dan 6. 

Ketahui lebih lanjut mengapa Apple sering memaparkan waktu 10:09 pada setiap kali mempromosikan Apple Watch.

Mengapa Waktu 10:09 Sering Dipaparkan Di Apple Watch Untuk Tujuan Promosi?

Apple Watch Kini Berjaya Atasi Jualan Kesemua Jam Tangan Keluaran Swiss

Anda Mungkin Suka