Perubahan atau pertambahaan fungsi pada laman web Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Bermula dengan laman web yang klasik, syarikat ini konsisten membawakan pembaharuan dalam memperkenalkan cover photo, fungsi video, live dan sebagainya.

Membincangkan soal pembaharuan yang kerap dilakukan Facebook, Mark Zuckerberg menyatakan Facebook sengaja melakukan perubahan yang kerap bagi memberi peluang untuk orang ramai mencuba fungsi terbaru tersebut. Sama ada suka atau tidak, orang ramai akan bercakap mengenai fungsi terbaru tersebut sekaligus mempromosikan nama media sosial ini secara tidak langsung.

Pada kali ini, Facebook yang sebelum ini telah memperkenalkan status berwarna bakal menawarkan sebuah lagi fungsi terbaru iaitu komen berwarna. Mungkin dianggap remeh namun kami jangkakan orang ramai akan mula selesa dengan fungsi terbaru ini seperti penyertaan fungsi sticker sebelum ini. Berikut merupakan antara contoh komen berwarna yang bakal ditawarkan.

Fungsi terbaru ini dikatakan bakal dikeluarkan secara berperingkat buat para pengguna ketika ini. Pada pendapat anda, adakah anda lebih suka jika Facebook kekalkan laman web mereka seperti sediakala atau lebih terbuka dengan sebarang yang dibuat?

Sumber