Kenapa wanita dan lelaki sukar sangat mencari titik persamaan dalam banyak persoalan? Sering berlaku situasi di mana wanita memaksudkan lain, lelaki memahaminya lain.

Cuba tengok ini, mungkin jawapannya di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Patutlah rumit sekali wanita dan lelaki mencari satu titik persamaan. Rupa-rupanya dua makhluk ini mempunyai otak yang bekerja dengan cara yang begitu berbeza.

Lelaki berfikir dengan cara mewujudkan kotak-kotak kecil di dalam otak mereka, yang mana setiap kotak tidak mempunyai kaitan dengan kotak-kotak yang lain. Malah setiap kotak seolah tidak tersentuh pun antara satu dengan yang lain. Hebatnya otak kaum Adam ini, ia mampu mencipta satu kotak yang ‘kosong’, sehingga benar-benar dicemburui pasangannya.

Berbeza dengan wanita, setiap sel otaknya aktif berhubung sehingga semua perkara mampu difikirkannya dalam satu masa. Kalau boleh semua perkara yang sedang difikirkannya itu mahu dilakukannya serentak. Serentak? Bayangkanlah betapa sibuknya laluan sel-sel neuron di dalam otak seorang wanita, mesti bersimpang siur dan seolah terlanggar antara satu dengan yang lain. Betapa bercelarunya sistem otak seorang wanita bekerja. Jadi, tidak hairanlah mengapa wanita boleh melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa.

Perbezaan cara otak ini bekerjalah yang menjadikan dua makhluk ini sebenarnya pelengkap di antara satu dengan yang lain. Disini juga menjadi bukti bahawa otak manusia itu dicipta oleh satu zat yang sangat hebat, mengatasi apa yang ada di langit dan di bumi.

Like Facebook The Vocket disini