Nota Editor : Kisah ini asalnya diterbitkan di Facebook Tuan Izwan Robotys, seorang web developer dan juga pemilik laman robotys.net. Kami menerbitkan semula di The Vocket dengan izin dari penulis asal.


Menurut Tuan Izwan Robotys, tidak ramai dari kita yang tahu akan fungsi sebenar belanja bulanan dan kerana itulah juga salah satu penyebab ramai dikalangan kita tidak begitu cekap dalam perkara ini.

Sebahagian orang tidak dapat memanfaatkan secara penuh pendapatan kerana berlaku kebocoran ketika berbelanja dan akhirnya akan kata:

“mana pergi wang yang aku belanja, tak nampak pun!’

Oleh hal yang demikian, Tuan Izwan Robotys telah menulis sebuah nota di Facebook peribadi beliau agar ia dapat membantu lebih ramai orang dalam pengurusan perbelanjaan harian dan bulanan supaya lebih berhemah dan terancang.

Diharap dengan perkongsian dari beliau ini dapat memberi kebaikan kepada perbelanjaan anda. Semoga kita semua lebih bijak menguruskan wang dari sebelumnya. InsyaALLAH.

Dari Tuan Izwan Robotys:

Fungsi Sebenar Belanja Bulanan

Eh, Belanja pun ada fungsinya?

Mestilah!

Setiap komponen dalam Formula Kewangan ada fungsinya yang tersendiri. Komponen-komponen tersebut ibarat tiang-tiang yang mendirikan sebuah rumah. Jika tiangnya kukuh maka kukuhlah rumah itu.

Jika salah-satu tiang tidak berfungsi maka rumah itu berisiko untuk runtuh.

Fungsi sebenar belanja bulanan adalah untuk memenuhi keperluan harian dan keperluan bulanan kita.

Setiap hari kita perlu menggunakan sejumlah wang untuk memudahkan aktiviti kita seharian.

Kata kunci di sini adalah “memenuhi keperluan”. Belanja fungsinya untuk memenuhi keperluan.

Namun kebanyakan yang kita akan buat “mengikut hawa nafsu”.

Keperluan kita sebenarnya boleh kita dapatkan dengan sejumlah wang yang kecil. Namun yang biasa berlaku adalah kita cuba memenuhi hawa nafsu khususnya nafsu ‘mahu lebih dari kawan aku’. Nafsu ego dan riak.

Kita perlu makan tengah hari, tetapi kita ikut nafsu makan nasi Arab.

Kita perlu kenderaan untuk pergi kerja, tetapi kita ikut nafsu beli kereta Mitsubishi Lancer.

Kita perlu rumah luas yang selesa, tetapi kita beli rumah di tengah-tengah bandar yang sempit.

Berbelanja ikut nafsu jauh lebih banyak keluar duit daripada berbelanja ikut keperluan. Membeli barang dengan mengikut ‘rasa hati’ akibatnya nanti hujung bulan kita marah-marah kerana pelik tidak tahu kemana duit gaji semua habis.

Ingat, fungsi sebenar belanja adalah memenuhi keperluan. Asalkan perkara yang kita beli itu sudah cukup memenuhi keperluan maka cukuplah. Tidak perlu berbelanja lebih mengikut nafsu.

LIKE Facebook The Vocket disini

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤