Semasa Majlis Facebook F8 pada minggu ini, Facebook telah mengumumkan chatbots buat aplikasi mereka iaitu Messenger.

Chatbots daripada Messenger ini bakal menghubungkan pengguna dengan sesebuah syarikat bagi membantu pengguna membuat pembelian dengan mudah dan tepat.

Katakan anda berminat untuk mendapatkan sepasang kasut Adidas tetapi kurang pasti tentang info produk, chatbots bakal menghubungkan anda supaya proses pemilihan dan pembelian akan berjalan dengan lancar.

xchx2tnurh5fxyx1f2hh

Salah satu daripada syarikat yang sudah mengaplikasikan fungsi terbaru chatbots ini adalah Spring. Fungsi chat secara terus serta pertanyaan daripada khidmat pelanggan bakal membuatkan pengguna mudah untuk membuat pilihan berdasarkan ciri-ciri yang diimpikan.

image2

Selain itu, Chatbots daripada Facebook Messenger bakal berfungsi sebagai Google Now dimana pengguna dapat terus bertanya tentang berita terbaru atau ramalan cuaca sesuatu tempat.

Setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi tentang fungsi ini buat pasaran Malaysia. Kami tidak sabar bagaiman Facebook Messenger dapat mengubah cara anda berbelanja.

Kami harap dengan adanya fungsi terbaru daripada Facebook ini, trend beratur bagi mendapatkan sesuatu barangan berjenama dapat diubah kepada cara yang lebih sistematik.

Sumber