Nama seperti di Jepun, tetapi zahirnya ianya terletak di Malaysia. Furugiya Market adalah lokasi baharu untuk anda menyelam barangan rare dan vintaj di hujung minggu. Buat masa ini, Furugiya Market hanya dibuka sebulan sekali dan untuk bulan ini, ianya dibuka pada 7 dan 8 April.

Apa yang anda boleh jumpa di sini? Kami pergi sendiri menyusuri pasar vintaj ini dan ianya tidak mengecewakan. Anda mahu cari kasut, baju, baju Hawaii, piring hitam, mainan, barangan vintaj dan koleksi edisi khas semuanya ada di sini. Yang menarik perhatian kami adalah kasut vintage deadstock Converse Made In USA yang turut boleh dibeli di sini. Saya sendiri sempat sambar baju kemeja Ben Davis di sini semalam.

Di mana Furugiya Market ini? Ianya berlangsung di 2 Hang Kasturi yang selesa dan anda boleh menyelam berjam-jam di sini. 2 Hang Kasturi ini hanya beberapa langkah sahaja dari Pasar Seni. Jadi sangat mudah untuk ke Furugiya Market ini. Cepat, jangan lambat-lambat.

FMarket 10

Hari ini merupakan hari terakhir Furugiya Market berlangsung untuk bulan ini dan dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam. Memang worth it barangan yang dijual di sini.

FMarket 8

FMarket 7

FMarket 6

FMarket 5

FMarket 4

FMarket 3

FMarket 2

FMarket 1

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group