Kami sampai di depan Fuud & Co., Ayer Keroh, Melaka. Nampak rak barangan bak kedai runcit di dalam. Kami berpandangan sesama sendiri. Tolak pintu, nampak susunan meja-meja kayu dari bahan kitar semula. Agak keliru, kami tetap melangkah masuk dan bertanya. Ya, kami tidak tersalah premis, di sinilah Reddish Bucket dan Mea+ness beroperasi.

01 F&C Front

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Menempatkan Daily Market & Café di bawah satu bumbung, pemilik Fuud & Co. iaitu Tuan Khalid Al-Walid menerangkan kepada kami konsep yang cuba dibawa.

02 F&C Owner

Daily Market mengfokuskan kepada jualan makanan sejuk beku dan kering keluaran Muslim. Sehingga kini ia telah memberi ruang kepada lebih 20 vendor dengan lebih 30 jenama pelbagai produk.

03 F&C Interior

Manakala cafe pula terbahagi kepada 2 cafe iaitu Reddish Bucket yg menyajikan makanan laut lambak manakala cafe kedua ialah Mae+ness yang menyajikan makanan barat berasaskan daging ayam, ikan, kambing dan lembu.

Ya, hadirnya kami disini untuk merungkaikan segmen yang ke 2 itu.

BACA: Nikmati Hidangan Seisi Keluarga Yang Memuaskan Di Baba & Co., Sunway Giza Mall Kota Damansara

Reddish Bucket – Makanan Laut Lambak.

Menjanjikan pilihan makanan laut segar, pelanggan boleh memilih dari menu yang tertulis di papan hitam untuk dilambakkan bersama sebagai hidangan kelak. Setiap item yang tersenarai adalah dalam timbangan 150gm ke 200gm.

04 F&C Reddish Menu

Atau boleh dipilih sendiri di dalam cooler box ini.

04 F&C Reddish Menu2

Istimewanya, tim kami diberi peluang untuk menangkap sendiri udang krai (crayfish) yang masih hidup dalam akuarium untuk dijadikan mangsa lambakan.

05 F&C Reddish Crayfish

Selebihnya, kami serahkan pada yang pakar, yakni pemilik restoran untuk melengkapkan sajian buat kami.

Lebih kurang 20 minit kemudian, inilah hasilnya…

06 F&C Reddish All siap

Menggiurkan? Dimasak dengan 2 jenis masakan – Sambal Sensation dan Butter Lemon Sensation, kedua-duanya memberi kesedapan rasa tersendiri.

Sambal Sensation – Pedas sambalnya menaikkan rasa dan semangat untuk menjamah pelbagai jenis makanan laut ini. Apatah lagi dengan isi ketam, udang, sotong, kupang serta pepahat yang semuanya dirasa masih segar.

07 F&C Reddish Sambal

Butter Lemon Sensation – Masakan ini adalah lawan yang berpadanan dengan masakan sambal tadi. Rasa lemak kemasaman yang tidak begitu kuat amat menyelerakan.

08 F&C Reddish Lemon

Kedua-dua masakannya amat sedap dan saling mengimbangi rasa keseluruhannya.

Apa yang boleh kami simpulkan, menikmati hidangan sebegini bukan hanya soal rasa atau persembahan sahaja yang diutamakan, tapi pengalaman menjamu selera secara lambak dan santai juga memberi keseronokan tambahan buat pengunjung.

Menurut Tuan Khalid lagi, bukan kerana terikut-ikut dengan konsep makanan laut lambak yang seakan sudah menjadi trend masa kini, ide Reddish Bucket timbul ketika beliau menikmati hidangan sebegini di salah sebuah restoran di Louisiana, Amerika Syarikat tidak lama dahulu. Namun atas faktor-faktor tertentu, baru sekarang ia dapat direalisasikan.

BACA: Restoran Cina Muslim Amber, Menu Bertaraf 5 Bintang Dengan Harga Murah Tak Terduga

Selesai makanan laut, kami beralih pula ke dapur western iaitu Mea+ness.

Terdapat 8 hidangan utama di sini iaitu Mea+ness Ball Nation, Mea+ness Carbonara, Mea+ness Wrap, Mea+ness Oceanus, Mea+ness Lamb Grill, Mea+ness Crispy Drummet, Mea+ness Puff Pie serta Mea+ness Bolognese.

09 F&C M+ Kitchen

Mea+ness Ball Nation adalah set bebola daging bersama kentang goreng, salad dan jagung. Hidangan signature ini sangat enak dengan bebola daging homemade yang telah diadun dengan sedikit rasa rempah. Tekstur dagingnya agak kasar dengan serat daging namun masih lembut bila dikunyah. Dihidangkan bersama sos istimewa, kami rasakan ianya pilihan terbaik buat penggemar meatball.

10 F&C M+ Ball Nation

Mea+ness Carbonara pula adalah set hidangan spaghetti bersama bebola daging yang sama. Terasa keju pada sos krim putihnya, cuma kami rasakan ia agak terlalu cair. Jika pekat sedikit rouxnya pasti akan lebih ummph!

11 F&C M+ Carbonara

Mea+ness Bolognese pula adalah hidangan bebola daging berkuahkan sos bolognese. Dengan kombinasi rasa yang seimbang, kami percaya ia hidangan yang boleh memberi kepuasan kepada peminat spaghetti bolognese.

12 F&C M+ Bolognese

Ini menarik. Mea+ness Puff Pie namanya. Pastri yang dipanggang segar dan dicicah pula dengan kuah krim putih berkeju yang berisi cendawan. Memang kena!

13 F&C M+ PuffPie

Mea+ness Wrap juga sedap dimakan. Bebola daging dibungkus bersama kepingan salami dan juga salad di dalam gulungan roti pita. Disertakan kentang goreng dan juga jagung

14 F&C M+ Wrap

Bukan penggemar bebola daging? Ada juga Mea+ness Lamb Grill, daging kambing panggang buat anda atau boleh juga mencuba Mea+ness Crispy Drummet, ayam drummet digoreng rangup.

Kami memilih untuk mencuba Mea+ness Oceanus sebagai hidangan seterusnya. 3 keping fillet ikan dori ini memberikan rasa yang cukup memuaskan. Porsi hidangannya yang besar (dan banyak) memang cukup sebagai hidangan makan tengahari.

14 F&C M+ Oceanus

Kesemua sajian Mea+ness dihidangkan di dalam bekas yang ‘sedia dibawa pulang’. Sekiranya anda tidak mampu habiskan makanan anda di café ini, tutup bekasnya dan terus dibawa pulang. Jangan lupa bayar pula ya!

Air minuman dengan pelbagai pilihan pula diberi free flow buat yang menikmati hidangan di Fuud & Co ini. Menarik bukan?

16 F&C M+ Drinks

Fuud & Co. juga menawarkan peluang pendapatan tambahan terutamanya kepada runner pejabat melalui komisen jualan juadah Mea+ness. Mereka boleh membuat pesanan awal terlebih dahulu dan datang untuk pungutan kemudiannya.

BACA: Ini Apa Yang Saya Rasai Selepas Menginap Di The Hut, Serkam, Melaka

Selain dari itu, dikatakan pelbagai promosi sedang berlangsung di Fuud & Co untuk kedua-dua café. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan melawati laman Facebook mereka.

17 F&C All

Apa lagi rakyat Melaka, cerita banyak pun tiada guna. Bersiap siagalah semua untuk menyerang, menjamu selera. Pasti pulang kenyang dan hati gembira. Mereka semua sudah merasa. Kalian pula bila? Ewah, bermadah pula saya.

Nama Premis : Fuud & Co
Lokasi : 9, Jalan TU49A, Boulevard Business Centre, Tasik Utama, MITC. (waze)
Layari laman Facebook dan Instagram.
Waktu beroperasi : Isnin – Sabtu, 11am – 11pm

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka