December 24, 2016 12:57 PM

Apa yang kita nampak sekarang ini negara China adalah destinasi untuk membuat barangan dengan kos lebih rendah. Tetapi realitinya, ada bisnes di China yang perlu beroperasi di luar untuk mengurangkan kos bisnes mereka.

Syarikat pembuat kaca dan cermin terbesar di China, Fuyao Glass telah melabur USD1 billion untuk berpindah ke kilang yang baru di Moraine, Ohio di mana suatu ketika dahulu bandar berkenaan adalah pusat pemasangan untuk syarikat General Motors.

“Secara ringkasnya, cukai yang tinggi dikenakan kepada pengilang di China adalah 35% lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat. Dengan kombinasi tanah yang lebih murah, harga bahan api yang lebih murah dan beberapa faktor yang lain, walaupun kos pembuatan akan meningkat tetapi saya merasakan syarikat akan buat lebih keuntungan apabila beroperasi di sini berbanding kami mengeksport cermin-cermin ini dari China,” kata Cao Dewang, pengerusi Fuyao Glass.

Cho Tak Wong (Cao Dewang), Pengerusi Fuyao Group

Fuyao Glass adalah supplier cermin kereta untuk jenama-jenama kereta terkemuka di serata dunia. Antara clients hebat Fuyao Glass adalah Hyundai, Audi dan Land Rover.

Kilang itu kini mempunyai 2,000 pekerja dan menurut Cao, fasiliti baru itu akan menempatkan 3,000 pekerja apabila kilang itu beroperasi secara penuh kelak. “Gaji dan kos pengangkutan semakin meningkat di China sekarang ini. Berbanding 4 tahun lepas, gaji pekerja telah meningkat 3 kali ganda,” kata Cao pada China Business Network.

Cao menambah banyak syarikat kecil di China sudah mencari tapak yang baru di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Cambodia kerana faktor gaji yang lebih munasabah dan material bahan yang lebih murah. Jadi anda yang menjalankan bisnes di China mungkin boleh mancari alternatif di negara lain jika merasakan kos bisnes di China sudah semakin meningkat saban tahun.