Siri jam tangan MR-G keluaran Casio G-SHOCK bakal mendapat rupa baharu yang lebih mewah. Diberi nama MRG-B2000SH Shougeki-Maru, ia diilhamkan oleh helmet tradisional, kabuto yang dipakai oleh samurai Jepun.

Lebih menarik lagi, bahagian bezel telah diukir tangan oleh tukang besi Masao Kobayashi – dia mengukir gambar seekor naga yang naik ke langit. Jam tangan ini juga menampilkan estetika pra-usia yang mengingatkan pada helmet Shougeki-Maru kabuto.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

002

003

005

013

49675716667_07aca5eb80_b

Bagi menonjolkan lagi reka bentuk berkualiti tinggi, MRG-B2000SH turut hadir dengan teknologi Bluetooth yang membolehkan pengguna menyambungnya dengan telefon pintar mereka. Reka bentuk ini juga mampu menyesuaikan diri secara automatik dengan zon waktu yang berlainan.

Hanya 400 jam tangan dengan reka bentuk ini yang bakal dikeluarkan dan masing-masing berharga kira-kira $ 9,720 USD (RM40,000). MRG-B2000SH turut bakal dijual di laman web G-SHOCK.

Terdahulu, G-SHOCK turut mengeluarkan jam tangan edisi khas sempena ulang tahun kelahiran Bruce Lee. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Casio Raikan Ulang Tahun Kelahiran Bruce Lee Dengan Jam Tangan G-Shock Edisi Khas

G-Shock Tampilkan ‘Smartwatch’ Dengan Teknologi GPS Dan Kadar Degupan Jantung

G-Shock Dan Dragon Ball Z Hasilkan Jam Tangan Edisi Khas, Mula Dijual Pada Harga RM1,000