Casio sekali lagi menambah koleksi kolaborasi anime Jepun dengan mengeluarkan jam tangan G-Shock edisi khas yang diilhamkan oleh Dragon Ball Z.

Warna terang dan berani menjadi tema utama buat G-Shock dengan siri TV yang mendapat tempat di hati semua penggemar anime Jepun. Model GA-110 terbaharu ini menampilkan badan yang disalut warna oren, dengan tali yang dilukis watak utama Dragon Ball iaitu Son Goku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https—hypebeast.com-image-2020-06-casio-g-shock-dragon-ball-z-watch-son-goku-001-1

https—hypebeast.com-image-2020-06-casio-g-shock-dragon-ball-z-watch-son-goku-001-2

https—hypebeast.com-image-2020-06-casio-g-shock-dragon-ball-z-watch-son-goku-001-3

Manakala di bahagian permukaan pula, logo G-Shock telah disempurnakan dengan warna emas, sementara di bahagian dalamnya di letak bola dengan empat bintang. Pada posisi jam tiga pula telah diletakkan lambang ‘Z’

https—hypebeast.com-image-2020-06-casio-g-shock-dragon-ball-z-watch-son-goku-001-5

https—hypebeast.com-image-2020-06-casio-g-shock-dragon-ball-z-watch-son-goku-001-4

https—hypebeast.com-image-2020-06-casio-g-shock-dragon-ball-z-watch-son-goku-001-6

Model ini dilaporkan boleh mula dibeli pada 22 Julai nanti di laman web G-SHOCK, dengan harga runcit pada £ 199 (kira-kira RM1067.39).

Terdahulu, Casio Malaysia telah mengesahkan akan membawa masuk koleksi G-Shock x One Piece. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Casio Malaysia Sahkan Bakal Bawa Masuk Koleksi G-Shock x One Piece

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ