Semalam berlangsungnya acara lelongan satu jam tangan G-Shock kepunyaan Dr. Mahathir yang berlangsung di Hotel De Palma, Ampang. Walaupun agak short notice pengumuman lelongan ini, namun ianya tidak menghalang peminat G-Shock untuk hadir bagi membida jam tangan ini.

Walaupun ianya hanyalah model GW-9400 ‘Rangeman’ biasa, tetapi jam tangan ini berjaya terjual pada harga RM13,000 dalam acara lelongan ini semalam.

Tahniah kepada winner auction jam Tun Dr Mahathir Mohamad !! RM13k for gshock rangeman TUN M customise signature!! Hari…

Posted by Safwanms Saleh on Sunday, 8 April 2018

Rasanya ni la Rangeman termahal di donia kan? RM13K#GTatsuginbuatrecordlagi#oneandonly#tqsupportGTatsugin

Posted by Shahrul Zaman on Sunday, 8 April 2018

G-Shock ‘Rangeman’ Dr. Mahathir ini mungkin jam G-Shock termahal di Malaysia ketika ini untuk model bukan edisi khas. RM13,000 bukan satu nilai yang kecil dan hanya pemilik baharu jam tangan ini tahu nilai sebenar model ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group