Nampaknya semakin ramai public figure yang selesa untuk menyarung jam tangan G-Shock untuk acara kasual termasuklah bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak.

Malaysian Gazette semalam telah menyiarkan dokumentari eksklusif Najib Razak yang menceritakan kehidupan serta luahan hati beliau selepas tidak lagi bergelar Perdana Menteri. Ia merupakan satu sesi heart to heart yang menarik untuk ditonton sehingga tamat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di minit-minit terakhir video oleh Malaysian Gazette tersebut, seutas jam tangan G-Shock terlihat pada pergelangan tangan Najib Razak. Dari pengamatan mata kami, ia seperti model DW-6900.

Setelah membuat sedikit kajian, benar ia merupakan model ikonik DW-6900. Tetapi bukan itu sahaja, ia merupakan model khas dan hanya 100 unit dihasilkan.

https://www.instagram.com/p/B98SzGcBmtK/

Jam tangan tersebut merupakan versi G-Shock DW-6900 ‘Bossku’ Custom yang dihasilkan mengikut tagline ikonik yang sering disebut oleh Najib Razak. Dapat dilihat set custom ini turut hadir dengan kotak, rekaan tali serta backplate khas mengikut tema Bossku.

Model edisi terhad ini telah pun mula dijual sejak bulan Mac yang lalu. Kami sudah bertanya dan masih menunggu status jam tangan ini kepada penjual sama ada ia masih available atau sudah sold out sepenuhnya.

https://www.instagram.com/p/B-Pfq-cBU6j/

Walaupun jam tangan ini bukan versi rasmi yang dihasilkan oleh G-Shock, tetapi kami yakin ramai yang akan mencari model ini kerana nilai eksklusifnya.

Namun sekiranya anda sekadar mahu model DW-6900 yang biasa, Lazada sedang ‘potong harga’ untuk model ini dan anda boleh mendapatkannya di sini. Walaupun bukan versi Bossku, tetapi cukup sekadar model yang sama.

Ini pula jam G-Shock ‘TMJ’ yang menjadi dambaan ramai kerana bentuknya yang mirip jam tangan mewah Audemars Piguet. Baca lagi pada pautan di bawah.

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

G-Shock Lancar Model DW-5600 Khas Bersama NASA

G-Shock Lancar Utility Series Buat Peminat Gaya ‘Military’