G-Shock kali ini berkolaborasi pula dengan pereka fesyen Marcelo Burlon, creative director untuk jenama Country Of Milan. Jam ini pertama kali diperlihatkan semasa Minggu Fesyen Milan minggu lepas dan menggunakan model GA-100 untuk kolaborasi ini.

Badan jam tangan ini diberi kemasan motif ular, motif kegemaran Marcelo. Jam tangan ini akan berada di pasaran bermula 1 June 2016. Harga untuk jam ini masih belum dikeluarkan tetapi ianya tidaklah semahal jam G-shock paling mahal ketika ini, Mr-G ‘Hammer Tone’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber