G-SHOCK tampil dengan 5 koleksi jam tangan dengan pembaharuan lut sinar pada item tersebut. Bagi koleksi ini, 4 model berbeza digunakan untuk menghasilkan gaya 90an iaitu DW-5600, DW-6900, GA-700 dan GA-400.

Bagi setiap item, ia tampil dengan gaya lut sinar pada tali jam tangan dan pada case muka jam. Tiga model yang dikeluarkan tampil dengan warna kelabu manakala dua lagi model dikeluarkan dengan warna yang terang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin mengimbau kenangan memakai G-SHOCK pada tahun 90-an mungkin ini model yang perlu anda dapatkan. Model ini akan mula ditawarkan pada April 2019 walaubagaimanapun, harga untuk koleksi tersebut masih belum diketahui.

11

12

13

14

15