Nampaknya G-Shock tidak berhenti menghasilkan koleksi awesome sempena ulang tahun ke-35 mereka. kali ini jenama berkenaan memperlihatkan pula kolaborasi bersama Transformers untuk model ‘Master Optimus Prime’. Lebih menarik adalah ini merupakan ulang tahun ke-35 buat G-Shock dan juga franchise Transformers.

Kolaborasi ini didatangkan dengan figura Optimus Prime yang boleh dijadikan tempat letak jam tangan G-Shock model DW-6900. Figura Optimus Prime ini juga boleh bertukar kepada dua mod, ‘Robot Mode’ dan juga ‘Pedestal Prime Mode’.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=ZKQuCwVK_Pw

Warna merah, biru navy dan kelabu dipilih mengikut tema warna ikonik Optimus Prime disamping logo Autobots akan muncul ketika anda menyalakan lampu pada jam tangan ini.

Malangnya jam tangan kolaborasi eksklusif Transformers x Casio G-Shock DW-6900TF-4 ini hanya akan dijual di Jepun dengan harga $260 (RM1088.70) seunit. Anda boleh cuba membelinya di laman Takara Tomy di sini. Selamat mencuba.

casio-transformers-35th-anniversary-g-shock-watch-007

casio-transformers-35th-anniversary-g-shock-watch-008

casio-transformers-35th-anniversary-g-shock-watch-009