G-SHOCK memperkenalkan Clear Skeleton Series pada April lalu dan kembali menghidupkan siri jam tangan baru DW5600 yang popular.

Diilhamkan oleh sistem permainan video lewat 90-an, penambahan terbaru dalam koleksi terkini DW5600 dikemas kini dalam tiga warna untuk reka bentuk yang simple namun jelas.https—hypebeast.com-image-2019-12-g-shock-skeleton-series-three-new-colorways-5 Seperti biasa, G-SHOCK menawarkan futuristik yang menggabungkan nostalgia bagi dipadankan dengan jurang antara reka bentuk asal dan teknologi.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Kehadiran jam tangan dengan warna merah, biru dan hijau ini memaparkan badan jam yang telus dan mengekalkan visual monochromatic.

https—hypebeast.com-image-2019-12-g-shock-skeleton-series-three-new-colorways-7

Flash Alert dan lampu EL di letak di sebelah sisi jam bagi membantu pengguna mendapat pencahayaan jika berada di kawasan yang gelap.

Mempunyai struktur ikonik dengan tahan hentakan dan air pada kedalaman 200M. Ia turut dibungkus dengan jam randik, penggera dan pencatat masa.

https—hypebeast.com-image-2019-12-g-shock-skeleton-series-three-new-colorways-12

Model DW5600SB kini tersedia dengan harga RM450.00 dan boleh didapati di laman sesawang G-SHOCK atau di mana-mana butik berhampiran.

Nabil Ahmad pernah melabur hampir RM60,000 untuk model G-Shock x Takashi Murakami sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nabil Ahmad Labur Lebih RM60,000 Untuk Model G-Shock x Takashi Murakami?

Casio Lancar Generasi Terbaru G-Shock Mudmaster ‘Carbon Fiber’

Asus Dan Casio Hadir Dengan Model G-Shock ‘ROG’ Edisi Terhad

Anda Mungkin Suka