Model Casio G-Shock siri ‘Full Metal’ adalah antara model G-Shock yang paling laris jualannya sejak dilancarkan tahun lalu. G-Shock nampaknya tidak mahu berhenti menghasilkan model yang awesome untuk G-Shock versi logam ini apabila akan hadir dengan pula dengan warna baharu untuk model GMW-B5000V-1.

Model baharu ini diberi kemasan aged IP yang memberikannya patina menarik pada model ini. Jam anda tidak akan nampak baharu tetapi worn look pada jam tangan ini pasti membuatkan banyak mata yang memandang.

Gshock Aged IP Close Up

Model ini akan mula dijual pada Jun 2019 ini dan akan berada di pasaran dengan harga USD1,000 (~RM4,084). Bagi kami model ini adalah lebih menarik berbanding model all black logam yang dilancarkan November tahun lalu. Selain itu, model Rainbow MT-G turut akan dilancarkan Jun ini. Jika ada modal lebih, beli sahaja kedua-duanya.