Buat anda yang sedang mencari jam tangan besi yang awesome, jam ini pasti menepati cita rasa anda. Casio memberikan update terbaru untuk model terkenal DW mereka dengan model ini yang diperbuat daripada logam.

Model DW-5000C ini akan mempunyai features yang sama seperti model getah G-Shock. Cuma bahagian luarannya sahaja diperbuat daripada besi. Model ini turut hadir dengan Bluetooth yang boleh disambungkan dengan aplikasi G-Shock untuk telefon pintar bagi tetapan fungsi-fungsi tambahan seperti masa yang lebih, alarm, world time dan banyak lagi.

Gshock

Model terbaru GMW-B 5000 D-1 ini akan dilancarkan pada April ini bermula dengan harga USD600 (RM2,400+-). Untuk warna emas pula, ianya akan dijual pada harga USD700 (RM2,750+-). Kami juga sudah tidak senang duduk bila melihat model ini. Buat peminat setia G-Shock, ini satu lagi model yang perlu ada dalam koleksi anda.

gshock 2

gshock 4