Selepas mengumumkan G-Shock logam ‘All Black’, nampaknya G-Shock hadir pula dengan satu lagi kolaborasi epik. Kali ini bersama jenama kereta Nissan untuk model ikonik mereka, GT-R.

Rekaan DW-6900 ini akan mengambil inspirasi warna R35 GT-R iaitu merah dan hitam di samping branding ‘GT-R’ pada bahagian muka dan strap model ini. Jam tangan ini hadir dengan fungsi sedia ada G-Shock dan tin jam edisi kG-Shock GTRhas disertakan bersama untuk setiap pembelian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

G-Shock GTR

GT-R x G-Shock DW-6900 ini sudah boleh dibeli menerusi laman rasmi Nissan Japan pada harga ¥18,360 JPY (~RM678). Jika tidak mampu untuk beli GT-R yang sebenar, dapat jam edisi khas ini pun sudah memadai.

BACA: ‘Kos Tersembunyi’ Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta Nissan GT-R