Casio secara rasmi memperkenalkan koleksi G-Shock baharu yang bakal berada di pasaran iaitu siri GA-900. Menariknya, Casio memilih tema industrial dengan 3 rekaan yang berbeza bagi melancarkan siri baharu ini.

Model GA900A-1A9, GA900C-1A4, dan GA900E-1A3 mempunyai rekaan yang sama tetapi beberapa perbezaan kecil daripada segi warna. Namun, ketiga-tiga model ini mempunyai perbezaan besar pada bahagian strap; pilihan strap kain atau resin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan utiliti dan industrial pada model ini ibarat menyerlahkan kemampuan model G-Shock ini kepada sesiapa yang memakainya. Gabungan analog dan digital pada jam tangan ini menambahkan lagi keunikan siri baharu G-Shock ini di samping ketahanan bateri selama 7 tahun.

GA 3
Perbezaan untuk model GA-900A-1A9 (strap resin kuning), GA-900C-1A4 (strap kain oren) dan GA-900E-1A3 (semua hitam dengan skrin LED hijau)
ga 1
Rekaan strap kain untuk model GA900C-1A4

Siri ini akan hadir dengan ciri standard G-Shock seperti 200m water & shock resistant, LED Light (Super Illuminator, World Time (48 bandar seluruh dunia), timer dan banyak lagi.

Ketiga-tiga model ini sudah pun boleh dibeli di laman gshock.com pada harga USD120 (~RM503) sehingga USD160 (~RM670) bergantung kepada warna. Untuk melihat perbezaan lain antara ketiga-tiga model ini, klik di sini.

Sebelum ini G-Shock turut melancarkan model Mr-G dengan tema samurai yang dijual pada harga RM40,000. Baca lagi pada pautan di bawah.

G-SHOCK Ambil Tema Samurai Untuk Jam ‘Limited Edition’, Dijual Pada Harga RM40,000

G-Shock Dan Dragon Ball Z Hasilkan Jam Tangan Edisi Khas, Mula Dijual Pada Harga RM1,000

G-Shock DW-6900 ‘Bossku’ Yang Disarung Najib Razak Pula Kini Jadi Buruan