Tema military sentiasa menjadi pilihan peminat G-Shock seluruh dunia dan G-Shock telah memperlihatkan dengan beberapa rekaan baharu menggunakan tema popular ini.

Koleksi Utility Series ini tampak lebik taktikal dan pastinya pelengkap gaya untuk apa sahaja aktiviti anda. Dua model dipilih untuk kapsul ini, DW5610 untuk peminat gaya klasik dan GA2000 untuk gaya yang lebih moden.

Setiap model hadir dengan kemasan warna tentera; gunmetal gray, olive drab dan tan. Model DW5610 turut hadir dengan versi tali nylon untuk gaya yang lebih taktikal serta unik. Seperti biasa, fungsi ikonik G-Shock seperti 200m water-resistant, shock-resistant dan stopwatch terbina dalam setiap model.

g shock 3

G-Shock

g-shock 2

Model ini sudah sedia untuk dibeli di laman rasmi G-Shock di sini dan butik G-Shock berhampiran anda.

Sebelum ini, G-Shock turut melancar model smartwatch mereka yang lengkap dengan teknologi GPS serta dapat mengesan degupan jantung. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

G-Shock Tampilkan ‘Smartwatch’ Dengan Teknologi GPS Dan Kadar Degupan Jantung

Casio Raikan Ulang Tahun Kelahiran Bruce Lee Dengan Jam Tangan G-Shock Edisi Khas

British Army Dan G-Shock Hasilkan Model Mudmaster Khas Lengkap Dengan Teknologi Tentera