Casio G-SHOCK memperkenalkan ahli terbaru dalam siri mewah MR-G mereka; model MRGG1000B-1A4 di mana jam ini mengambil inspirasi warna dari perisai samurai purba Jepun. Warna merah Akazonae melambangkan darjat tertinggi dalam ranking pangkat traditional askar Jepun.

Contoh perisai samurai dengan warna ‘Akazonae’

Model ini semestinya tahan lasak kerana menggunakan besi titanium hitam pada band and bezel; sangat berbeza dengan G-SHOCK biasa yang menggunakan getah. Kehebatan jam ini ditambah lagi dengan penggunaan warna merah pada tulisan dan nombor pada jam ini, kristal sapphire glass yang anti calar, dilengkapi dengan sistem dual world time, lampu illuminator yang terang serta sistem GPS tersedia dalam jam tangan ini. Tidak lupa juga sistem solar pada jam ini untuk mengoptimalkan jangka hayat bateri.

Mr.G adalah siri mewah untuk jenama Casio G-Shock dan harganya pun memang jauh berbeza dengan G-Shock yang biasa. Ianya akan mula dijual April ini dengan harga USD3,000 (lebih kurang RM13 ribu). Dengan fungsi canggih dan material yang digunakan untuk pembuatan jam ini, memang memadailah harganya begitu.

Tidak pasti sama ada siri Mr.G ini akan masuk ke Malaysia atau pun tidak tetapi G-SHOCK Japan dan New York antara lokasi yang anda boleh dapatkan jam tangan ini jika berminat. Barulah boleh bergaya persis samurai moden.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤