MR-G merupakan koleksi mewah daripada G-Shock dan baru-baru ini, Casio memperlihatkan model baharu daripada siri berkenaan, MRGG2000RJ-2A.

Material yang digunakan untuk model ini ternyata sangat mewah dan berkualiti; hadir dengan casing titanium, cermin kristal yang kalis calar serta strap yang diperbuat daripada getah Dura Soft Fluoro-Rubber.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Terdapat juga tulisan pada bahagian belakang jam ini yang tertulis “Jyuryokumaru” (graviti) dengan gaya tulisan tradisional Jepun. Lebih menarik, ianya ditulis dengan tangan oleh swordsmith terkemuka di Jepun, Teruhira Kamiyama. Ianya sebagai simbolik jam tangan Mr-G ini dihasilkan sangat teliti ibarat menghasilkan pedang samurai yang sebenar.

Mrg 1

mrg 2

mrg 3

mrg 4

Seperti biasa, ianya hadir dengan teknologi G-Shock sedia ada seperti 200M water resistance/shock resistance, sambungan Bluetooth®, sambungan signal GPS, Super Illuminator, teknologi Multi-Band 6 serta teknologi pengecasan bateri secara solar.

G-Shock MRGG2000RJ-2A ini bakal dijual dengan harga $4,300 (~RM17,735) dan akan berada di pasaran Februari depan. Buat anda yang berminat untk menambah model ini dalam koleksi, boleh membelinya laman rasmi MR-G di sini.

Anda Mungkin Suka