Sekiranya anda merupakan peminat G-Shock, pastinya anda cukup ingat dimana pada awal tahun ini telah tularnya model GA-2100 yang hadir dengan warna solid black. Semuanya gara-gara model yang tampak kacak dan versatil ini disarung oleh TMJ sekaligus membuatkan membuatkan model ini menjadi rebutan ramai.

Terbaharu, sebuah lagi model G-Shock telah tular di pasaran sejak dipakai oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul. Model jam yang dikenali sebagai G-Shock Paksu ini hadir dengan rekaan yang evergreen dan digabungkan bersama warna hitam dan silver membuatkan jam tangan ini mudah digayakan pada semua keadaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
maxresdefault (8)
Sumber: YouTube Total G-Shockers

Berdasarkan tinjauan kami di Facebook, model ini sudah mulai ditawarkan dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran namun masih belum mencecah harga ribuan Ringgit sepertimana model GA-2100 yang disarung TMJ.

83588805_10158867273193881_8030617267990279683_n

Dalam pada itu, setakat artikel ditulis para pengguna masih berpeluang mendapatkan model ini dengan harga mampu milik serendah RM344 di Shopee. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Buat peminat G-Shock, model ini pastinya antara yang perlu berada dalam koleksi anda sebelum harganya melambung sehingga empat angka.

Ketahui lebih lanjut mengenai G-Shock GA-2100 yang pernah viral selepas disarung oleh TMJ.

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

TMJ Kurniakan Jam Tangan Rolex Buat Pemain Dan Staf JDT