G-Shock kali ini memilih jenama Streetwear dari China, SANKUANZ untuk kolaborasi terbaru mereka. Jenama yang kian popular di kalangan peminat fesyen di China ini memilih model GA-700SKZ-7 a.k. TUNDRA.

SANKUANZ memilih motif arctic camouflage yang jarang digunakan untuk kolaboasi ini dengan warna pink dan hijau menghiasi cantik jam putih ini. Ini adalah kolaborasi pertama untuk model GA-700 yang baru diperkenalkan oleh G-Shock tahun lalu.

BACA: G-Shock Pilih Warna ‘Military’ Untuk Koleksi Terbaru Model GA700
https://www.instagram.com/p/BVzQ8v7FVbA/?taken-by=sankuanz_official

https://www.instagram.com/p/BVzQp2YFn07/?taken-by=sankuanz_official

SANKUANZ ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Shanguan Zhe dan secara perlahan-lahan, mula mendapat perhatian dunia terutamanya di London dan Paris. Jam tangan ini dipamerkan buat pertama kali ketika minggu fesyen Paris Spring/Summer 2018.

Jam ini sudah mula dijual di Shanghai 12 Ogos 2017 lalu. Harga rasmi untuk jam G-Shock X SANKUANZ ini adalah pada harga 21,000 Yen(lebih kurang RM820). Kalau anda berminat boleh bida di sini atau minta rakan anda yang berada di Shanghai untuk belikan.