Nampaknya ulang tahun ke-35 diteruskan dengan penuh ‘kejutan’ apabila Casio mengumumkan bakal mengeluarkan model G-D5000-9JR ‘Pure Gold’ yang boleh ditempah bermula 15 Mei 2019.

Adakah emas tulen yang akan digunakan? Jawapannya adalah ya. Setiap skru dan bahagian logam pada jam tangan ini akan disadur emas 18K dan akan dijual dengan harga USD69,500 (~RM282,587).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti biasa ianya akan hadir dengan fungsi ikonik G-Shock seperti tahan hentakan dan tekanan, split-second time correction untuk masa paling tepat melalui signal radio daripada 6 stesyen di seluruh dunia serta pengecasan Tough Solar untuk hayat bateri yang lebih panjang.

Buat yang berminat, anda boleh membuat tempahan di laman Casio pada 15 Mei 2019 atau butik Casio terpilih di Jepun. Selepas membuat tempahan, jam anda akan siap sekitar bulan Disember.

Bersempena pengumuman jam G-Shock ‘Pure Gold’ ini, pihak Casio turut berkongsikan video khas tentang ketahanan jam tangan G-Shock ini. Dahsyat bila G-Shock lebih mahal daripada Rolex.