Sempena Tahun Baru Cina pada bulan hadapan, antara jenama jam terbesar dunia G-SHOCK mengeluarkan seutas jam edisi khas.

Jam tangan dengan mood perayaan ini adalah hasil kolaborasi di antara Jahan Loh, artis Singapura dan juga syarikat pengeluar jam tangan Jepun.

81832932_2692561834112212_7128698705430970368_o-1

Apa yang lain daripada yang lain adalah warna merah yang garang dan kulit sekitarnya dihiasi motif budaya cina.

Manakala di suatu bahagian jam tertulis satu perkataan cina yang jika diterjemahkan bermaksud ‘kekayaan’.

81490556_2692561794112216_271294297901367296_o-1

Bagi bekas jam tersebut pula dilukiskan animasi Jepun sambil disisinya terdapat siluet tikus, lambang kepada zodiak tahun 2020 itu.

Harga model analog-digital GA-2100 tersebut belum diumumkan, tetapi Casio mengatakan bahawa jam tangan tersebut akan dijual di semua butik G-SHOCK yang terdapat di Singapura dan secara dalam talian dari 3 Jan, 2020.

80861288_2692561820778880_1256506963211059200_o-1

Berikut adalah jam edisi khas yang pernah dikeluarkan oleh G-SHOCK. Klik pautan di bawah untuk membaca.

G-SHOCK Hadir Dengan Tiga Sentuhan Warna Berbeza Pada Model Skeleton Series

G-Shock Berkolaborasi Dengan Transformers Perkenalkan Koleksi Edisi Khas

Asus Dan Casio Hadir Dengan Model G-Shock ‘ROG’ Edisi Terhad