Selepas beberapa koleksi khas untuk ulang tahun ke-35 G-Shock sebelum ini, G-Shock tampil dengan warna yang lebih garang awal tahun hadapan. Mereka keluarkan set Big Bang Black pada bulan Ogos lalu dan kini akan keluarkan set ‘Red Out’ pula.

Ianya satu pilihan warna yang menarik kerana perayaan Tahun Baru Cina juga akan berkunjung tiba awal tahun hadapan. Kelima-lima model; DW-5635C, AWG-M535C, DW-5735C, DW-6935C dan GA-735C akan menggunakan warna merah matte disamping teknologi yang ada pada setiap model dikekalkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

red out 3

gshock red out

Setiap model akan hadir dengan kotak besi edisi khas dengan grafik dilukis artis ternama Eric Haze. Koleksi ‘Red Out’ ini akan mula dipasarkan pada 19 Januari 2018 di Jepun. Harga untuk jam tangan ini dikhabarkan sekitar RM700 sehingga RM1,200 bergantung kepada model. Kalau anda belum ada lagi jam warna terang sebegini, boleh minta rakan yang ada di Jepun untuk belikan.