Sukar untuk melihat pengeluar jam lain yang mengukir kejayaan seperti mana Casio berjaya lakukan ke atas G-Shock.

Terbaharu, mereka hadir dengan siri Blackout Mudmasters dan edisi Rangeman yang baru.

1080x1080_digital-article
HYPE
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Baca lagi →

Sebahagian daripada siri Master of G, GW9400-1B dan GGB100-1B datang dalam warna hitam yang garang dan ciri-ciri lain yang membuatkan G-Shock kali ini lebih unik.

ggb100-1b_hd

GGB100-1B dilengkapi dengan kompas, termometer, barometer, dan pengira langkah. Ia juga tahan lumpur serta tahan air hingga 200 meter atau di bawah 660 kaki.

Ia dibina dengan Carbon Core Guard Structure bersama-sama dengan bezel karbon yang berlapis – ini bagi memberikan kombinasi G-Shock yang ringan serta lebih tahan.

GGB100-1B mempunyai Two-Way Time Sync, ciri G-Shock kali ini mampu untuk dihubungkan ke telefon pintar dengan keupayaan Blueetooth yang melalui aplikasi serta dikunci dengan Multi-Band 6 Atomic Timekeeping untuk pelarasan diri.

gw9400-1b_hd

Model GW9400-1B pula hadir tiga sensor ; barometer, termometer, dan kompas.

Direka untuk meneroka, ia juga mempunyai barometer – fungsinya adalah untuk mengetahui tekanan udara ketika di kawasan gunung – dan ciri tahan lumpur, termasuk kes tertutup dan penyokong.

Kedua-dua jam tangan ini mempunyai kapasiti mengecas menggunakan sistem solar.

Harga bagi jam GGB100-1B adalah RM1,540.00, manakala GW9400-1B pula dijual pada harga RM1,337. Bagi anda yang berminat, boleh layari laman web G-Shock.

Terdahulu, G-Shock B5000 dihasilkan menggunakan titanium. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Model Baharu G-Shock B5000 Disalut Titanium, Dijual Pada Harga RM5,999

G-SHOCK Raikan Tahun Baharu Cina Dengan Jam Edisi Khas Bertemakan Tahun Tikus

G-SHOCK Hadir Dengan Tiga Sentuhan Warna Berbeza Pada Model Skeleton Series

Anda Mungkin Suka