G-SHOCK menampilkan rekaan terbaharu terhadap siri GMW-B5000CS. Dibina sepenuhnya dengan logam, rekaan terbaharu ini mempunyai reka bentuk grid ukiran laser dengan bentuk persegi.

GMW-B5000CS hadir dengan bentuk luaran yang dibuat khas menggunakan logam sambil mengekalkan rasa DW-5000C yang pernah dikeluarkan pada tahun 1983. Manakala demi mengikuti peradaan zaman, jam ini turut hadir dengan beberapa teknologi baharu.

Antaranya adalah sistem kuasa suria, radio penerimaan gelombang, sambungan ke telefon pintar, boleh dialihkan ke empat bahasa – English, Rusia, Jerman, Sepanyol – dan mempunyai teknologi Phone Finder.

Sejak dilancarkan, GMW-B5000CS sering berevolusi dengan pelbagai jenis reka bentuk dan dalam masa yang sama mengekalkan rasa unik serta reka bentuk yang segar.

Bagi anda yang berminat, GMW-B5000CS ini sudah boleh dimiliki dan dijual pada harga RM3,499.

Terdahulu, Casio telah hasilkan model eksklusif HondaJet. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Casio Hasilkan Model Eksklusif HondaJet x G-Shock GWR-B1000HJ

G-Shock Lancar Model Baharu GA-900 Dengan Rekaan Industrial

G-SHOCK Ambil Tema Samurai Untuk Jam ‘Limited Edition’, Dijual Pada Harga RM40,000